Saturday, September 27, 2008

Saman tidak bayar pinjaman pendidikan


PULAU PINANG 22 Sept. - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang- undang terhadap individu yang gagal membayar balik Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk melunaskan pinjaman mereka bagi memberi peluang kepada individu lain membuat pinjaman.

"Kita akan iklankan nama mereka dalam Internet dan akhbar. Jika mereka gagal bayar kita akan bawa mereka ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Lembaga Biasiswa negeri di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah tunggakan pinjaman yang belum dibayar berkurangan daripada RM25 juta kepada RM15.6 juta sehingga Ogos tahun ini.

"Bagi tempoh yang sama, bilangan peminjam yang tidak bayar ikut jadual turun daripada 4,860 peminjam kepada 3,416 peminjam. Kita akan terus berusaha mengurangkan jumlah ini," katanya.

No comments: