Sunday, September 28, 2008

Motivasi Islam - Bersifat positif terhadap dunia


Oleh Mohd Shauki Abd Majid

mekah
Tuntutan al-Quran agar manusia aktif dalam mengharungi kehidupan dunia adalah sesuai dengan status dan fungsinya sebagai manusia. Manusia terdiri daripada roh dan jasad.
Kedua-duanya memerlukan santapan jasmani dan rohani. Di dalam al-Quran manusia dituntut seimbang antara rohani dan jasmani. Dari mana manusia mengetahui Islam mengajarkan bahawa jasmani dan rohani harus seimbang?

Ternyata kata al-hayaat dan al-mamaat di dalam al-Quran yang jumlah hurufnya sama iaitu enam dan ini berulang sama banyak iaitu 145 kali. Jadi ini salah satu bukti bahawa antara rohani dan jasmani diperintahkan agar seimbang.

Jadi salah, jika ditekankan bahawa yang penting adalah solat atau yang penting kerja. Hakikatnya yang betul adalah solat dikerjakan pada waktu solat dan kerja dilakukan pada waktu bekerja. Inilah yang dituntut oleh agama agar manusia menjalani hidupnya secara realistik.

Kejadian manusia yang terindah ini adalah kerana keseimbangan dan kesesuaiannya, sebab itu Islam sahajalah satu-satunya agama yang penuh

perseimbangan yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan yang terbaik di antara kamu yang mendahulukan akhirat sementara dunia ditinggalkan atau mendahulukan dunia sementara akhirat ditinggalkan. Yang terbaik di antara kamu adalah yang menghimpun keduanya.

Pemahaman yang tidak komprehensif terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis telah mendorong sebahagian orang Islam untuk hidup secara zuhud, menahan diri dari hal-hal yang bersifat duniawi. Sebaliknya mendorong mereka untuk hidup secara solih.

Bahkan ada yang hidup secara ekstrem dan berkelakuan seperti rahib dengan menolak segala kemewahan dan kesenangan hidup, tidak mempedulikan makan minum, berpakaian seadanya, tidak memikirkan harta kekayaan dan sebagainya, kerana takut terpedaya oleh pesona dunia.

Demikian tanpa sedar manusia yang diperdaya oleh syaitan menyimpang dari as-Shiraath al-Mustaqim dan menbawa kepada sikap ekstrem yang tidak sesuai dengan agama Islam yang sebenar.

Secara umumnya memang kehidupan dunia berpotensi besar melalaikan atau melengahkan. Dalam surah al-Hadid ayat 20 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasaan (yang mengurang) juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakan harta benda dan anak-anak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke satu masa tertentu), selepas iti engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Hakikat

Hakikatnya ayat ini dan ayat-ayat yang serupa, bukan kecaman terhadap dunia, yang menjadikan seseorang harus mengutuk dan mengabaikannya. Ayat ini dan ayat-ayat semacamnya, menggambarkan kehidupan duniawi orang-orang yang melalaikan agama. Bagi orang-orang yang beriman mereka menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat. Mereka berupaya meraih dunia dengan berpedoman nilai-nilai Ilahi, bahkan berusaha menguasainya. Akan tetapi, tidak menjadikan dunia menguasai diri mereka
Rasulullah adalah dikatakan makhluk yang paling mulia tanpa tandingan. Rahsianya bukan kerana baginda raja atau hartawan dan sebagainya, tetapi hanya kerana baginda adalah sebenar manusia yang dapat mendaki kemuncak kemanusiaannya. Itulah apa yang dikenali sebagai insan Kamil iatu baginda makan dan minum, tidur dan berkahwin seperti manusia lain.
Rasul sendiri bersabda: Hiburilah hatimu dari saat ke saat. Beliau membolehkan menyanyi dan mendengarnya, selama nyanyian itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama. Beliau tertawa, bergurau dan berolahraga. Baginda adalah hamba Allah yang paling bertakwa.
Ramai yang silap faham menganggap yang mulia dan bertakwa itu ialah tidak ada langsung kehidupan dunia. Mereka ingin terus berpuasa atau solat tanpa tidur.


Rasulullah pernah bersabda bermaksud: akulah yang paling takut dan arif dengan Tuhan kamu semua tetapi aku puasa dan aku berbuka dan aku tidur dan aku bangun berjaga malam untuk solat dan aku kahwini wanita maka siapa yang tidak ingin mengikut sunahku dia bukan umatku.(Riwayat Muslim).
Sebenarnya apa yang dimaksudkan kehidupan orang yang bertakwa tidak bererti dunia diabaikan. Takwa adalah dasar untuk kehidupan dunia dan akhirat. Allah banyak membicarakan di dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orang yang bertakwa akan mempertahankan perseimbangan dunianya dan akhirat, perseimbangan dalam kehidupan rumah tangga, juga dalam setiap urusan yang lain.


Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kita.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An Nisaa’ ayat 134 yang bermaksud: Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia sahaja (maka ia rugi), kerana di sisi Allah ada pahala di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Sekalipun mesej takwa lebih berorientasikan akhirat, seseorang yang bertakwa juga akan mendapatkan dunia.
Dalam al-Quran diingatkan, kita harus faham akan kehidupan di dunia. Kalau tidak, di akhirat nanti kita akan kebingungan. Sikap Muslim menghadapi dunia ini harus positif, dengan hidup sebagai khalifah yang mewakili Allah untuk mengatur dan memakmurkan dunia.

Oleh kerana itu manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini, sebab dengan demikian itu manusia telah menpersendakan rencana dan ketentuan Allah yang memulia dan melebihkan manusia terhadap makhluk-Nya yang lain.
Sikap rendah diri atau tidak terdaya menghadapi dunia adalah tercela, kononnya bersikap pasrah kepada dunia. Sikap pasrah dan tawaduk (merendahkan diri) hanya ditujukan kepada Allah yang telah mencipta seluruh isi alam ini untuk manusia.


Dengan sikap sebagai khalifah atau pengurus alam ini, manusia akan mampu menakluki alam dengan mengembangkan ilmu pengetahuan mereka tentang sunah Allah yang mengatur alam ini.


* Penulis ialah Pengurus Penyelidikan YADIM.

Minyak bawah AS$100 setong


E-mail Print PDF

minyakVIENNA 10 Sept. - Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan

risiko yang berpunca daripada komoditi itu.

Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).

Bagaimanapun harga di pasaran Asia menyaksikan minyak bermutu tinggi bagi penghantaran Oktober naik sebanyak AS$0.92 (RM3.18) kepada AS$104.18 (RM360.46) setong dan Brent North Sea meningkat kepada AS$101.07 (RM349.70) setong.

Menurut Chakib, dengan kuota baru itu, OPEC akan hanya mengeluarkan 28.8 juta tong minyak sehari. Keputusan OPEC itu telah mengurangkan kadar penurunan harga minyak, sekali gus menghampakan para pengguna yang menaruh harapan untuk menyaksikan kejatuhan harga minyak lebih besar.

Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Samuel Bodman sebelum ini meminta para pengeluar minyak supaya memastikan minyak di pasaran mencukupi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri ketika ditanya mengenai permintaan AS itu berkata: ''AS boleh memberi arahan tersebut kepada syarikat-syarikat yang ada tetapi bukan OPEC''.

Para penganalisis sebelum ini mencadangkan agar OPEC mengekalkan polisi semasa tetapi bersetuju supaya pengurangan pengeluaran minyak oleh beberapa anggota OPEC seperti Arab Saudi yang telah mengeluarkan minyak melebihi kuota mereka.

Bagaimanapun, keputusan akhir yang diumumkan oleh OPEC memang memeranjatkan.

Chakib berkata, beliau tidak menjangka keputusan OPEC itu bertentangan dengan aliran menurun harga minyak yang sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

''Pada firasat saya harga (minyak) tetap turun walaupun keputusan telah dibuat.

''Saya tidak percaya keputusan ini akan menjejaskan pengguna dalam apa cara sekali pun kerana bekalan minyak berlebihan, semua orang setuju mengenai perkara itu,'' katanya.

Kepentingan yang diambil kira OPEC pada kali ini berbeza dengan pertemuan pada Mac lalu ketika harga minyak melepasi AS$100 (RM346).

Pertemuan kali ini lebih menumpukan kepada persoalan penentuan harga minyak yang dimahukan oleh kartel itu bagi melindungi harga komoditi berkenaan daripada terus menyusut.

Iran, Iraq dan Venezuela mahu harga minimum minyak berada pada AS$100 setong tetapi Arab Saudi lebih selesa sekiranya harga minyak pada sekitar AS$80 (RM276.80) hingga AS$90 (RM311.40) setong.

- AFP

Adik Mohamad (13) dari Malaysia - Johan Tilawah di Dubai


Adik Mohamad (13) dari Malaysia - Johan Tilawah di Dubai

Ummat Islam Malaysia memang hebat dengan budaya Islam nya tetapi di Malaysia orang Islam sendiri memperlekeh kehebatan mereka dan menjadi mangsa kepada inferiority conplex.

Di Dubai , pemuda kecil 13 tahun Mohamad bin Ahmad Zahid membaca Quran di musabaqah Tilawah Al Quran dan ada Pak Arab yang menitis air mata mendengar nya dengan kushu'. Syabas adik Muhamad dan kita mendoakan agar ramai lagi muslim cemerlang dari malaysia mengharumkan nama negara dalam masa ada individu individu yang lebih cenderung memburukkan nama negara tanpa sebab dan hala tuju.

Terdapat tujuh peserta pusingan akhir dan adik Mohamad mendapat tempat pertama , peserta Turki tempat kedua dan peserta kuwait tempat ke tiga. Musabaqah tilawah itu di adakan di dewan yang padat pengunjung dan turut di hadiri oleh His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President dan Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai. Adik Muhamad membaca surah Al Rahman yang terkenal dengan ayat yang berbentuk puisi yang sangat tinggi dan mempunyai mesej yang padat dengan pengajaran yang menginsafkan manusia yang berfikir.


(Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka" petikan dari Berita Harian.)


Berita
Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid from Malaysia is felicitated after being adjudged the winner of the Quran recitation contest at the Dubai International Holy Quran Award.

By Siham Al Najami, Staff Reporter
Published: September 19, 2008, 23:43

Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.
The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced on Saturday at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.
There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.
Showcasing talent
Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears.

His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.

The other contestants in the fray were from Yemen, Mauritania, Libya, and Somalia.
Speaking to Gulf News, other participants at the event recalled how they had pursued their Quran studies. Senoussi Daoud from Chad said he had memorised the Quran along with his three siblings in a Khalwa, a traditional mosque school in Africa.
The 20-year-old is a high school student at a public school that imparts the Saudi curriculum.
"Memorising the Quran is part of one's cultural upbringing in Chad. Most people in my hometown memorise the Quran," said Daoud.
Solidarity
He told Gulf News the Khalwa also served as key centres of education for those wanting to learn the Arabic language.
"Everyone in the Khalwa shares equally what is available. The values and the experiences of the Khalwa help to forge a solidarity among its members which lasts for a lifetime," said Senoussi.
Ahmedou Salem Taleb, a 21-year-old participant from Mauritania, said students used a lawlah, a small wooden tablet, to take notes while memorising the Quran back in his home country and generally across North Africa.
Students would then repeat what they memorised around 300 times-using the Misbah (counting beads), he said.


sumber : http://www.tranungkite.net

Saturday, September 27, 2008

Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan



PDF Emel
24 September 2008
Semalam saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat, terdiri daripada pimpinan Pas di Kota Bharu, Kelantan dan pimpinan DAP di Kuala Lumpur. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat, manakala Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional. Kami juga membincangkan langkah Pakatan Rakyat yang seterusnya untuk diambil ke arah menubuhkan kerajaan yang mengesani sokongan daripada majoriti Ahli-ahli Parlimen. Kegagalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk menghalusi permohonan kami untuk memanggil Sidang Tergempar Parlimen menggambarkan satu lagi usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk melakukan sabotaj serta mencalai proses demokrasi yang sihat.

Sungguhpun begitu saya dan teamn-teman di dalam Pakatan Rakyat kekal yakin dan percaya bahawa iltizam rakyat untuk melihat perubahan akan terhasil kelak. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai sasaran kami dan kami mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan yang lebih parah buat negara. Saya tidak maklum mengenai sebarang perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam yang menyarankan ada ruang komunikasi yang perlu dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan ke atas kepimpinan negara pada masa kini di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan pengangguran dan juga hakisan keyakinan yang dramatik di kalangan pelabur.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang drakonian seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa sebarang proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah asas kepada misi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mengorak lebih pertumbuhan dan pekerjaan buat rakyat Malaysia, menarik pelaburan asing, dan untuk memastikan pendirian teguh kepada jaminan perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan pastinya hak istimewa Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

Siapa lagi akan tinggalkan Abdullah?

Siapa lagi akan tinggalkan Abdullah?

Selepas perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim, pelbagai pihak tertanya-tanya siapa lagi yang akan meninggalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya lima tokoh sudah meninggalkan Abdullah.

18 Mac...Tengku Azlan Abu Bakar dan Anifah Aman
19 Mac...Radzi Sheikh Ahmad
26 Mac...Ghafur Salleh
19 Mei...Dr Mahathir Mohamed
16 Sept...Zaid Ibrahim
Laporan penuh dalam Siasah Jumat ini.

Kerajaan Pakatan majoriti Islam - Anwar

Kerajaan Pakatan majoriti Islam - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.
"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.
"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini Di MARANG, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bersedia untuk mengubah kerajaan dengan syarat kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada.
PAS juga, katanya meletakkan syarat supaya kerajaan baru itu dikuasai Islam.
“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti, perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam.
“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah. Dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang penakut. Terang-terang kita sebut, jika wakil rakyat itu penakut, bagaimana hendak buat perubahan. Perubahan itu sementara sahaja,” ujarnya.
Siasah difahamkan, semasa pertemuan tiga penjuru antara Anwar, Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Andul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, syarat majoriti Islam itu juga diberikan kepada Anwar oleh Abdul Hadi.
Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan telah memberikan penerangan tentang kaedah pembentukan kerajaan baru yang akan dibuat oleh beliau dan rakan-rakan Pakatan di Kuala Lumpur.

Pas mahu Islam pandu kerajaan

Oleh Mingguan Wasilah pada 2008/9/24 12:48:13 (18 baca)

ALOR STAR: "Pas akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam.”

Demikian tegas Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya sempena Majlis Memperingati Nuzul Quran di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini, baru-baru ini.

Serentak itu, Hadi menyeru ahli dan penyokong Pas supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskan Islam dalam apa jua keadaan.

“Kita minta pengikut-pengikut Pas setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jemaah biar apa pun berlaku.

“Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegas beliau dengan lantang, lantas disahut laungan takbir 5000 rakyat yang hadir. Abdul Hadi turut mengulangi pendirian bahawa Pas tidak akan menyertai kerajaan baru jika ia tidak dipandu oleh Islam.

“Kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Pas tidak akan menyertai perubahan itu,” tegas beliau lagi.

Hadi menegaskan, perkara berkenaan (Islam) menjadi keutamaan dan (Pas) tidak akan berkrompomi mengenainya. Mengenai syarat itu, Hadi membayangkan ianya akan diterima rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, tegas Hadi, Pas akan tetap berusaha mencapai peralihan kerajaan seperti yang dicanangkan.

"kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan,” tegas beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis itu, Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Pada 16 Sept lalu, akhbar Pas versi internet, harakahdaily.net memetik Abdul Hadi dalam kolum bicara Presiden bertajuk ‘Masa untuk menyertai Pas’ sebagai berkata Pas adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan.

“Perjuangan Pas adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat,” jelas beliau sambil merujuk Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan parti itu.

[ ]

Nasib Abdullah ditentukan dua minggu lagi



Mohd Rashidi Hassan
Fri | Sep 26, 08 | 3:45:50 pm MYT

Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawai sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat kritikal sekarang ini, dijangka akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Iklan

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.

Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.

Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.

Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.

Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.

Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.

Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.

Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.

Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. _

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam



Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Sep 26, 08 | 11:04:51 am MYT

Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.

Iklan

Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara. Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram

Perkara di atas pernah disebut oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Maza 'An as-Sohwat al-Islamiyyah fi 'Asr al-Hadis', di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba'ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat - Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram - Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu. - lanh _

Usahawan muda digalak menderma



KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu usahawan muda meneruskan budaya prihatin dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

Perdana Menteri berkata, budaya baik ini perlu diteruskan kerana ia bukan saja memastikan golongan terbabit mendapat pembelaan, malah membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, beliau gembira mendapati ramai anak muda menjadi usahawan mampu mengeluarkan sumbangan untuk membantu masyarakat.


Justeru, beliau mahu generasi muda yang berjaya dalam perniagaan mempunyai perasaan bertanggungjawab, ehsan dan berperikemanusiaan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

“Saya gembira apabila melihat usahawan muda ketika ini yang bersedia menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

“Ini juga selaras dasar kerajaan untuk membasmi golongan miskin tegar di negara ini bagi membolehkan mereka berkongsi nikmat kemajuan dan kesenangan negara,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan dan bantuan Aidilfitri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, di Lahar Tiang, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Jeanne Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dan pemberi sumbangan.

Lebih 200 penerima terdiri daripada golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan itu.

Abdullah berkata, jika budaya memberi sumbangan semakin sebati di kalangan usahawan muda, ia akan membantu golongan yang kurang kemampuan menikmati kekayaan.

Katanya, beliau menggesa pelbagai pihak terus sudi menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan terbabit, terutama pada masa menjelang musim perayaan.

Sedekah didik manusia lebih peka


Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Bennie Zie Fauzi
bminggu@bharian.com.my




Ramadan bulan terbaik mendidik spiritual, memahami kesusahan dan penderitaan orang lain

BERBUDI sepanjang Ramadan besar fadilatnya. Allah mengurniakan sehingga 70 gandaan pahala bagi setiap amal kebaikan yang dilakukan pada bulan berkenaan. Begitupun, beramal tanpa memahami samalah seperti mengembara di hutan belantara tanpa dibekalkan kompas.

Ini kiasan yang cuba disampaikan sukarelawan dan penceramah bebas Perkim Wilayah Persekutuan, Aisyah Jamian apabila mengibaratkan Ramadan sebagai kem motivasi yang perlu difahami dan dihayati konsepnya.


“Bagi saya, Ramadan umpama kem motivasi yang diuruskan oleh Allah SWT sendiri. Selaku peserta motivasi, segala program yang diatur harus dimanfaatkan sebaiknya. Iktibar dan ilmu yang diperoleh sewaktu motivasi sepatutnya dijadikan pedoman sepanjang hidup, bukan terbatas ketika kita menghadiri program itu saja,” katanya.

Diterjemah melalui perbuatan, kata Aisyah, Ramadan bulan terbaik mendidik spiritual supaya manusia lebih peka dengan kesusahan dan penderitaan orang lain selanjutnya sama-sama mencari jalan meringankan beban.

“Rahmat yang disebarkan berupaya membebaskan penderitaan. Namun, lebih baik dipastikan bantuan diberi benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan supaya matlamat membuat kebajikan tercapai,” katanya.

Anak yatim serta fakir miskin di daerah Selangor mendapat sumbangan barangan makanan pada majlis berbuka puasa di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya.

Ini kerana sering berlaku bantuan cuma disalurkan kepada mereka yang sudah biasa menerimanya. Walaupun, yang dibantu anak yatim namun sumbangan diberikan nyata tidak menyeluruh.

“Disebabkan tidak mahu bersusah sedikit, setiap kali ingin membantu, kita mengambil jalan mudah dengan bersedekah kepada rumah anak-anak yatim sedia dikenali. Walhal, banyak lagi rumah anak yatim yang terlepas pandang. Mungkin disebabkan malu untuk ke hadapan, anak-anak yatim ini lebih suka menjauhkan diri dari masyarakat.

“Justeru, apa salahnya kita peruntukkan sedikit masa dan usaha mencari anak yatim yang benar-benar daif serta memerlukan bantuan. Selain mampu menggembirakan mereka, secara tidak langsung kita bersikap lebih teliti dan berhati-hati dalam mengagihkan kekayaan yang kita ada,” katanya.

Inisiatif seperti ini katanya, selain mendidik jiwa lebih kreatif juga menunjukkan pegangan yang kuat terhadap konsep al-Quran.

Aisyah berkata, kerja kebajikan sangat fleksibel. Mengamalkannya bererti kita ada kemahuan yang kuat mencontohi sifat Allah seperti pemurah dan kreatif. Namun, Aisyah menasihatkan tidak terlalu memfokuskan kepada memperoleh ganjaran pahala semata-mata hingga lupa tanggungjawab.

“Dalam asyik membuat kebajikan, tanggungjawab jangan diabaikan. Membantu bukan sekadar bersedekah malah membersihkan rumah ibadat dan menjaga hati jiran juga dianggap satu tanggungjawab.

“Seperti juga sepasang mata anugerah Tuhan bukan bertujuan menatap penderitaan orang lain semata-mata sebaliknya mencari jalan untuk mereka menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.

Bagi memulakan perkara yang baik, golongan muda tidak perlu menunggu mereka lebih tua. Begitu juga golongan tua tidak patut mengharapkan warga muda. Sebaliknya, keikhlasan dijadikan landasan mencapai matlamat, pendorong semangat ingin membantu, membentuk kesedaran serta sahsiah diri yang baik.

Selain itu, persekitaran bagi Aisyah penting dalam menyokong tindakan sekali gus memastikan amal jariah sampai ke golongan sasar.

“Saya beri contoh dua kereta berbeza status bergerak di jalan raya yang sama. Meskipun, sebuah kereta mewah dan sebuah lagi kereta lama, namun tanpa persekitaran selesa seperti berhadapan dengan kesesakan serta jalan sempit, berlekuk dan sebagainya, dapatkah dijamin kereta mewah yang dipandu bergerak lancar dan pantas?” katanya.

Justeru, katanya, persekitaran positif harus diusahakan supaya matlamat meningkatkan kualiti hidup dan masyarakat yang dibantu mencapai objektifnya.

Angkasawan China berjaya berjalan di angkasa lepas



penduduk China menonton sebuah skrin gergasi yang menyiarkan secara langsung misi angkasawan Zhai Zhigang ketika beliau berjalan di angkasa lepas, semalam.
- AP


BEIJING 27 Sept. - Angkasawan China, yang menggunakan kapal angkasa Shenzhou VII, mencipta sejarah hari ini apabila berjaya berjalan di angkasa lepas dan menerima tepukan bergemuruh daripada berjuta-juta rakyat yang menonton siaran langsung misi itu melalui televisyen.

Ketua penerbangan Zhai Zhigang, terapung di angkasa selama 20 minit, di luar kapsul yang membawanya sebelum itu.

Kejayaan itu, yang menguatkan lagi agenda angkasa lepas China, termasuk untuk membina stesen angkasa lepas menjelang 2020, turut disaksikan oleh Presiden Hu Jintao dan beberapa pegawai kanan Parti Komunis.

Sebaik saja keluar dari pintu berbentuk bulat, Zhai, 42, melambai ke arah kamera yang dipasang pada kapsul berkenaan dan berkata:

"Salam sejahtera kepada semua rakyat negara saya dan dunia!"

Dengan keadaan tubuhnya diikat oleh dua utas kabel ke kapsul itu, Zhai mengibarkan bendera China yang dihulur kepadanya oleh angkasawan kedua Liu Boming, yang membantunya dari dalam kapsul itu, sebelum mengumpul sampel bahan yang terlekat di luar kapal angkasa berkenaan untuk tujuan penyelidikan.

Krisis kewangan dominasi debat - Dasar belanjawan, cukai, perang Iraq turut jadi perhatian utama Obama-McCain

Krisis kewangan dominasi debat - Dasar belanjawan, cukai, perang Iraq turut jadi perhatian utama Obama-McCain

OXFORD, Mississippi 27 Sept. – Calon Demokrat Barack Obama dan lawannya daripada Republikan, John McCain bertelagah mengenai dasar perbelanjaan, cukai dan perang di Iraq dalam debat pertama pemilihan Presiden, di sini semalam.

Dalam debat itu, Obama menuduh krisis di Wall Street disebabkan dasar ekonomi Republikan yang gagal.

Debat itu berlangsung selama 90 minit dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Kedua-dua calon berkata, mereka optimis Kongres akan meluluskan pelan menyelamat sektor kewangan negara ini berjumlah AS$700 bilion (RM2,404.39 bilion) yang diumumkan sebelum ini.

Mereka juga sependapat bahawa perbelanjaan yang besar itu akan mengehadkan agenda mereka selaku Presiden sekiranya dipilih kelak.

McCain berkata, beliau akan membekukan perbelanjaan Persekutuan membabitkan program Presiden, pertahanan dan penjagaan golongan veteran.

Beliau menuduh Obama sebagai seorang yang liberal apabila mengamalkan perbelanjaan besar.

“Senator Obama seorang yang paling liberal di Senat,” kata Senator Arizona itu.

Obama pula sebaliknya berkata, McCain akan memotong cukai golongan kaya dan korporat serta berulang kali cuba mengaitkan lawannya itu dengan dasar yang dilaksanakan oleh Presiden George W. Bush ketika ini.

“Ia merupakan bukti akhir mengenai lapan tahun dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Bush dan disokong oleh Senator McCain,” katanya merujuk kepada krisis di Wall Street.

Debat itu pada mulanya dijangka memberi fokus kepada dasar luar dan isu keselamatan nasional.

Bagaimanapun, ia berubah menjadi perdebatan mengenai kegawatan pasaran Wall Street yang sebelum ini telah pun mendominasi kempen kedua-dua calon sejak lebih dua minggu lalu.

Mengenai Iraq pula, Obama yang juga Senator Illinois mengkritik pertimbangan McCain yang menyokong penaklukan negara itu.

McCain sebaliknya berkata, persoalan utama yang akan dihadapi Presiden akan datang ialah “bagaimana hendak berundur dan bila hendak berundur.”

Menurutnya, Obama mempunyai pertimbangan yang rendah apabila gagal menyokong dasar kemaraan melalui penghantaran lebih ramai tentera ke Iraq yang telah pun berjaya mengurangkan keganasan di negara itu.

– Reuters

Kisah imej Islam di Asia



Ketenangan meliputi seluruh masjid ketika bilal melaungkan azan. Kira-kira 500 orang makmum kemudian solat di Masjid Tokyo yang dibina pada tahun 1938. Demikian laporan sebuah terbitan Jepun baru-baru ini yang juga menyiarkan bahagian dalam masjid tersebut (gambar).

Dicatat seterusnya betapa masyarakat Islam mula muncul di Jepun berikutan revolusi komunis di Russia pada tahun 1917. Sebilangan orang Islam bangsa Turki yang bermastautin di Russia melarikan diri dan sesetengahnya mendapat perlindungan di Jepun. Lalu pada tahun 1935 masjid pertama dibina di bandar Kobe.

Masjid Tokyo kini menerima bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Turki. Sebenarnya ia telah dibina oleh para pekerja Turki dengan bahan-bahan pembinaan dibawa dari Turki. Imamnya kini, Ensari Yenturk lalu menjelaskan: "Masjid kami mengalu-alukan ke semua orang Islam tanpa mengira bangsa. Sesiapa juga boleh sembahyang di sini."

Hal ini ternyata ketika waktu sembahyang kerana ramai makmumnya ialah dari Asia Tenggara, termasuk Indonesia dengan warga Islam paling ramai sekali dalam dunia. Demikian juga makmum dari Malaysia, Pakistan dan Bangladesh. Turut kelihatan ialah warga Arab dan Afrika. Diadakan di Masjid Tokyo ialah kelas belajar membaca al-Quran.

Menarik perhatian, terbitan Jepun itu ialah "ramai wanita Jepun yang telah berkahwin dengan orang Islam bukan bangsa Jepun dan anak-anak mereka." Dianggarkan bahawa bilangan warga Islam di Jepun kira-kira 70,000 orang termasuk para isteri bangsa Jepun dan bilangan mereka dijangka meningkat hingga 100,000 orang.

Laporan terbitan Jepun itu dicatat dalam ruangan ini kerana bersikap positif dan bukan mencerca Islam sebagaimana dalam sesetengah terbitan lain, terutama di dunia Barat. Malah, juga terbit ialah buku berjudul A Brief Guide to Islam: History, Faith And Politic (Robinson, London 2006). Pada kulit buku tersebut dijelaskan, penulisnya seorang "unbeliever."

Juga terbit ialah buku kecil terbitan Biro Penyelidik Asia yang berpangkalan di kota Seattle, Amerika. Keluaran terbaru berjudul Aspek-Aspek Islam di Tenggara Asia, termasuk di Malaysia ditulis oleh Profesor Joseph Chinyong Liow dari Nanyang Technological University, Singapura. Menulis atas tajuk The Fluid Terrain of Islamism in Southeast Asia, beliau menyentuh aliran politik Islam yang "dinamis dari segi para penganut dan aktif." Dan bahawasanya juga kesahihan Islam kian penting untuk memperoleh sokongan undi.

Hal ini, katanya lagi, menimbulkan pertanyaan demi pertanyaan mengenai keadaan masa depan kerana masalah masyarakat majmuk dan sekularisme dan "sama ada kedua tenaga, Islamisasi dan demokrasi, akhirnya akan bertembung satu sama lain, atau adakah boleh hidup bersama masih belum terjawab."

Keganasan

Menurut Prof. Liow kebanyakan para analisis berpendapat bahawa ancaman keganasan Islamis di Asia Tenggara telah berkurangan secara berkesan. Pihak berkuasa Indonesia, umpamanya berjaya mematahkan rangkaian gerakan Jemaah Islamiah. Hal ini berlaku bukan saja kerana beberapa pemimpinnya dapat ditangkap, tetapi juga kerana saluran-saluran kewangannya dapat diputuskan.

Menurut beliau lagi, Islam di Asia Tenggara terus mencerminkan lanjutan pengaruh perkembangan semula kekuatan Islam pada tahun 1970-an. Tindakan-tindakan ketenteraan Amerika di Afghanistan dan Iraq serta pendedahan mengenai Penjara Abu Ghraib di Iraq menimbulkan kesangsian orang Islam Tenggara Asia bahawa pihak Barat (terutama Amerika) sengaja memilih orang Islam sebagai sasaran.

Malaysia disebut sebagai salah satu negara majoriti Islam yang paling maju. Saingan di antara UMNO dan Pas terus berlaku dan ini mendorong meluaskan sikap konservatif dalam perbicaraan dan amalan. Dalam pada itu timbul kata sepakat bahawa Malaysia boleh menjadi negara Islam 'kalaupun ia belum berlaku'.

Lain kisah dibawa oleh majalah terkemuka India Today baru-baru ini mengenai seorang wanita Islam bernama Naish Hasan, 30, pejuang hak-hak wanita melangsungkan pernikahan dengan Imran Naeem di hadapan seorang kadi wanita, Syeda Saiyyadain Hameed. Segalanya dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tidak ada bacaan ayat-ayat al-Quran.

Cara pernikahan itu dikecam oleh pemimpin-pemimpin agama Islam. "Publisiti murah", kata Maulana Khalid Mahali, Ketua Majlis Ulama India. Manakala Maulana Abdul Mannan Ketua Majlis Imam India menuduh "anasir-anasir anti-Islam sedang menghasut kaum wanita Islam supaya melanggar tradisi dan mencetuskan suasana kelam-kabut."

Umpat sebabkan muflis di akhirat


SOALAN
Adakah benar pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang kena umpat? Segala amalan yang lakukan akan habiskah?

JAWAPAN
Memang benar Allah SWT akan menghitung segala amalan manusia, hal ini telah disebut di dalam al-Quran firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (al-Zalzalah: 7&8).

Dalam surah yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Dan ‘Kitab-kitab amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. (al-Kahfi: 49).

Yang tidak diendahkan oleh manusia ialah mengenai dosanya. Silapnya manusia dengan amalannya yang tidak seberapa itu yakin boleh melepaskan diri daripada kemurkaan Allah. Dengan amalan yang sangat terbatas ini manusia masih lagi berkesempatan melakukan dosa mengumpat.

Bayangkan sahaja, sudahlah amalan sikit dosa pula banyak malangnya lagi apabila simpanan amalan kebajikan kita dipindahkan ke akaun orang yang kita umpat dan orang kita aniaya. Jika masih tidak dapat melangsaikan hutang orang dianiaya di dunia maka dosa mereka akan dipindahkan ke akaun penganiaya.

Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka. (riwayat Muslim ).

Pertama, kita harus faham maksud mengumpat. Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat”.

Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: “aku berani kata depan dia (orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah lebih menyakitkan saudaranya”.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

Ibnu Mas’ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan Bukhari).

Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: “Tiada khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar, pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.

Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: “setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama”.

Bulan perkasa umat Islam



Dua hari lagi kita akan sama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya sudah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Bahkan jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain, masyarakat Islam di Malaysia dilihat lebih hebat merayakan Aidilfitri berbanding Ramadan.

Penulis tidak berhajat mengulas lanjut fenomena ini. Sepanjang siri penulisan Ihya Ramadan ini telah banyak penulis perkatakan mengenai penyimpangan-penyimpangan yang masih menebal dalam kerangka budaya masyarakat kita menghayati falsafah dan makna sebenar Ramadan.

Walau bagaimanapun di tengah-tengah kemeriahan sorak-sorai sambutan hari raya yang akan disambut nanti, nasihat penulis agar umat mestilah sentiasa memperhitungkan batasan syarak agar tidak melampaui batas dalam berpesta sehingga melakukan perbuatan yang menyanggahi hukum.

Sebab itulah amat penting bagi umat Islam memahami dan menghayati falsafah sebenar di sebalik sambutan Aidilfitri. Sambutan hari raya Islam bukanlah sekadar upacara tradisi yang bersifat ritual tanpa makna atau tujuan. Aidilfitri juga tidak seharusnya bersifat pesta rutin tahunan riuh-rendah tanpa haluan.

Sebaliknya Aidilfitri harus difahami dalam konteks yang lebih luas merangkumi agenda pembentukan umat yang lebih cemerlang dan gemilang untuk terus menjalani rutin kehidupan dengan lebih bermakna terutamanya setelah selesai menjalani pelbagai latihan spiritual Ramadan. Hakikatnya madrasah Ramadan yang sarat dengan pelbagai amalan ritual dan ibadah kerohanianlah yang mampu menjana generasi yang lebih berkualiti dan bermartabat.

Ini kerana sepanjang sebulan pada bulan Ramadan, umat telah menekuni pelbagai ibadah seperti amalan berpuasa, solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, qiamullail, bersedekah dan beriktikaf dalam majid yang merupakan sebahagian daripada agenda atau kurikulum penting yang mendasari madrasah Ramadan dalam membina ketakwaan dalam diri.

Kejayaan mentarbiah diri selama sebulan pada bulan Ramadan, kini disusuli pula dengan hari kegembiraan yang merupakan kurniaan Allah bagi memuliakan hamba-Nya yang beriman sebagaimana firman-Nya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (al-Baqarah: 185).

Rasional

Di sebalik kegirangan dan kemeriahan sambutan Aidilfitri di sana sini, umat yang rasional pasti akan turut dihurung perasaan pilu dan sedih lantaran terpaksa meninggalkan Ramadan yang penuh keberkatan. Bulan yang menjanjikan pelbagai peluang dan ruang untuk menggandakan ganjaran ibadah dan mendapat pengampunan dari Allah kini semakin dekat di penghujungnya. Apa yang pasti tiada jaminan bahawa kita akan peroleh kesempatan Ramadan yang sama pada tahun-tahun mendatang.

Memahami realiti kehidupan yang tidak kekal abadi inilah, maka umat yang waras akan sentiasa menangisi pemergian Ramadan di samping menzahirkan kegembiraan bagi mensyukuri segala nikmat Allah tatkala Aidilfitri menjelma. Dengan mengimani hakikat inilah umat akan sentiasa terpelihara daripada perlakuan songsang yang boleh menghakis jati diri dan nilai-nilai positif yang sudah terbina.

Setiap kali berakhirnya Ramadan umat disarankan untuk sentiasa bermuhasabah dan menilai status keimanan dan ketakwaan dalam diri masing-masing. Apakah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini berjaya meningkatkan ketakwaan kita kepada-Nya? Apakah madrasah Ramadan yang dilalui benar-benar mampu menjadikan peribadi kita lebih baik daripada sebelumnya?

Persoalan-persoalan inilah yang wajar ditanya dan dijawab secara jujur kepada diri masing-masing. Dengan menilai tahap keimanan dan ketakwaan dalam diri sahajalah yang mampu meningkatkan lagi kualiti hidup insan sekaligus membantu membina umat gemilang sebagaimana diistilahkan al-Quran sebagai "Khaira Ummah".

Pelbagai amalan kerohanian yang dijalankan dalam bulan Ramadan seharusnya mampu mendidik jiwa dan menjana peribadi umat berasaskan nilai-nilai Quranik yang unggul. Nilai-nilai inilah yang seharusnya diterjemahkan ke dalam kehidupan mereka seharian hingga mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

Walau bagaimanapun tidak ramai yang benar-benar menjiwai falsafah dan kepentingan Ramadan dalam konteks madrasah pemerkasaan iman dan takwa dalam diri mereka. Lebih menyedihkan apabila berlakunya penyimpangan kefahaman mengenai makna Ramadan hingga seringkali ditanggapi dalam konteks di luar kerangka falsafah dan kefahaman sebenar Ramadan.

Sebab itulah Ramadan yang sepatutnya menjadi madrasah terbaik mencanai keimanan dan ketakwaan dalam diri akhirnya hanya menjadi bulan ritual yang langsung tidak membekas dalam jiwa mahupun memberi kesan kepada proses pemerkasaan umat. Tidak hairanlah jika ramai umat Islam yang berterusan melakukan maksiat yang hanya menghakis nilai keimanan dan ketakwaan sekaligus meluntur kekuatan umat Islam.

Apa yang lebih menyedihkan melihatkan umat bagai lebih galak bersengketa dan berpolemik pada musim Ramadan yang mulia ini. Bulan yang sepatutnya mempertautkan hati-hati manusia berteraskan iman dan takwa akhirnya menjadi bulan adu-domba dan fitnah-memfitnah antara satu sama lain.

Lihat sahajalah realiti iklim politik negara ketika ini yang diserabuti jerebu fitnah yang amat dahsyat hingga menyesakkan nafas dan meloyakan tekak. Ini berlaku disebabkan lunturnya nilai iman dan takwa dalam diri hingga menyebabkan batasan syarak tidak lagi menjadi perhitungan utama.

Alangkah baiknya jika Ramadan dijadikan bulan bebas fitnah dan persengketaan. Atau setidak-tidaknya setiap kali Ramadan ditangguhkan dulu perbalahan politik atau diisytiharkan bulan genjatan senjata permusuhan. Ini bagi membolehkan umat memfokuskan kepada usaha peningkatan kualiti diri melalui aktiviti-aktiviti ibadah.

Siapa tahu dalam tempoh sebulan umat menekuni ibadah yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan kerana Allah akan menghilangkan saki-baki daki-daki yang tersemat dalam diri. Akhirnya mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah sekaligus menyelesaikan segala kemelut dan persengketaan yang selama ini bagaikan tiada penyelesaiannya.

Justeru, Ramadan yang penuh barakah seharusnya menjadikan umat Islam manusia lebih hebat, produktif dan cemerlang. Ini kerana umat yang menjalani ibadah puasa Ramadan pada hakikatnya terbangun di atas dinamika ketakwaan dan keimanan yang sekali gus dijelmakan dalam kehidupan seharian.

Marilah kita sama-sama berdoa agar segala ibadah kita pada bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini mampu membersihkan hati dan jiwa kita yang hakikatnya kerap dicemari pelbagai dosa dan noda. Moga-moga madrasah Ramadan ini dapat menjadi titik permulaan kepada pemerkasaan kualiti umat Islam sekaligus mengembalikan kegemilangan Islam seperti satu ketika dulu.

Di sini juga penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan maaf zahir batin atas segala keterlanjuran.

Hutan Bubu berhujankan peluru



SEORANG pelatih yang lengkap bersenjata rifel M16 mengawal kawasan sebaik sahaja berjaya menawan kem komunis di Hutan Simpan Bubu, Perak.


SUASANA awal pagi itu berkabus dan sejuk nyaman. Keadaan ketika itu memang sunyi sepi tanpa kedengaran apa pun jua bunyi haiwan dan unggas.

Kem pengganas komunis di Hutan Simpan Bubu itu didiami sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan pengganas komunis berdasarkan maklumat risikan.

Seperti biasa terdapat kawalan keselamatan dilakukan oleh dua hingga tiga orang pengganas ketika itu bagi memastikan mereka tidak diserang hendap oleh pasukan keselamatan.

Pada masa sama, beberapa pengganas lagi didapati nyenyak tidur.

Seperti biasa, pengganas akan memasang jerangkap samar di sekeliling kem berkenaan bagi menghalang kemasukan anggota-anggota keselamatan.

Suasana awal pagi yang masih gelap itu memang menyukarkan sebarang pergerakan di hutan tebal seperti Hutan Bubu, Perak.

Tanpa disedari oleh para pengganas itu, terdapat pergerakan beberapa anggota keselamatan yang lengkap bersenjata api dengan muka mereka dicat warna gelap.

Anggota-anggota itu telah menyelinap masuk secara senyap sejak lebih sejam sebelum itu dan berjaya melepasi kawan jerangkap samar pengganas.

Kini pasukan keselamatan itu berada kira-kira 20 hingga 30 meter dari kem pengganas berkenaan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan pertama dan diikuti tembakan bertalu-talu yang memecah keheningan pagi menyebabkan para pengganas tersebut terkejut.

‘Serang... serang.’ Kedengaran teriakan suara anggota-anggota 69 Komando yang melakukan serang hendap terhadap kem pengganas komunis tersebut.

Tembakan bertalu-talu itu disusuli juga dengan beberapa letupan bom serta jeritan dari pengganas yang terkena tembakan.

Para pengganas komunis itu membalas tembakan, namun empat orang daripada mereka rebah ke bumi dan tidak bergerak lagi.

Sekurang-kurangnya dua orang cedera, namun sempat melarikan diri di celah-celah hutan tebal dan kegelapan pagi itu.

Tiga anggota 69 Komando turut cedera terkena tembakan musuh.

Semua yang berlaku ini sebenarnya adalah satu latihan oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerak Khas (PGK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hutan Simpan Bubu yang bersempadankan Taiping dan Kuala Kangsar.

Latihan hari terakhir dan merupakan penamat kepada latihan asas komando selama lima bulan itu berjaya melahirkan 17 anggota baru bagi pasukan 69 Komando.

Para pelatih yang berjaya menamatkan latihan itu merupakan sebahagian daripada lebih 100 orang yang memohon dan menyertai latihan asas komando sebelum ini.

Namun disebabkan latihan keras itu menitikberatkan disiplin tinggi bagi melahirkan anggota komando berhati waja, ramai pelatih yang mengangkat tangan di peringkat awal sebagai tanda tewas.

Penamat latihan asas komando itu berakhir dengan jayanya atas bimbingan para jurulatih 69 Komando.

Dalam latihan itu, serangan dan berbalas tembak itu berakhir kira-kira 30 minit.

Pasukan 69 Komando kemudian mengepung kawasan kem tersebut bagi memastikan tidak ada pengganas yang bersembunyi.

Pada masa sama, anggota-anggota 69 Komando itu diberi tugasan masing-masing termasuk menghantar maklumat menggunakan alat komunikasi ke ibu pejabat pasukan mengenai serangan, jumlah yang terkorban, kecederaan dan sebagainya.

Terdapat juga anggota-anggota yang memeriksa mayat pengganas bagi memastikan tidak ada bahan letupan yang boleh membahayakan mereka.

Anggota-anggota 69 Komando yang cedera pula diberikan rawatan kecemasan sebelum usungan dibuat bagi membawa mereka keluar dari hutan tersebut.

Bagi pelatih yang telah dilatih cara-cara merawat, ketika itu mereka berperanan memberikan bantuan kecemasan sambil diselia oleh para jurulatih.

Mereka yang cedera kemudian dibawa dengan usungan dan di sini bermula pula cabaran lebih memeritkan kerana mereka perlu keluar dari hutan tebal dalam kadar segera.

Sepanjang perjalanan membawa usungan, antara cabaran mereka ialah membuat laluan baru menebang halangan seperti pokok, bukit, tebing tinggi, melalui bukit-bukau dan sungai.

Yang pasti, berjalan sambil membawa usungan manusia bukanlah satu perkara mudah terutama apabila berada dalam hutan tebal yang tidak mempunyai laluan sedia ada.

Perjalanan untuk keluar dari hutan tebal menuju ke jalan utama sering mengambil masa lama sehingga dua atau tiga jam walaupun jaraknya tidaklah jauh.

Meredah hutan sambil membawa usungan juga memerlukan stamina, kecekalan hati, semangat, kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi.

Yang penting setiap anggota bekerjasama sebagai satu pasukan. Sepanjang perjalanan keluar dari hutan itu, para jurulatih sentiasa memantau dan memberi teguran kepada pelatih-pelatih tersebut.

Ini kerana anggota-anggota itu bukan sahaja perlu membawa anggota yang cedera, malah peralatan semasa berada dalam hutan termasuk senjata rifel.

Semasa perjalanan keluar dari Hutan Simpan Bubu itu, para pelatih tersebut telah terlanggar sarang tebuan tanah.

Bagaimanapun tindakan mendiamkan diri beberapa minit, statik, seperti diarahkan oleh jurulatih, membolehkan mereka terhindar dari disengat tebuan dan perjalanan keluar dari hutan itu dapat diteruskan.

Inilah antara kebolehan dan kesabaran yang dimiliki oleh para pelatih itu hasil tunjuk ajar dari jurulatih 69 Komando apabila berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran tidak diduga semasa berada di hutan tebal.

Apabila sampai ke jalan utama, para pelatih seramai 17 orang itu sudah boleh tersenyum kerana keringat mereka selama lima bulan telah membuahkan hasil. Mereka adalah yang terbaik dari lebih 100 orang yang memohon menyertai 69 Komando sebelum ini.

Syabas kepada para jurulatih 69 Komando kerana berterusan berjaya melahirkan generasi pelapis untuk 69 Komando.

LDM berjaya uji Misil Otomat



MISIL Otomat dilancarkan ke sasaran dari platform KD Laksamana Hang Nadim menggunakan sistem Teleguidance 2 di Perairan Selat Melaka, Lumut, kelmarin.
- Gambar TAJUL SAFUAN ABU HASSAN


IPOH 24 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuktikan teknologinya kini berada pada tahap kukuh apabila berjaya menjalankan penembakan Misil Otomat menggunakan sistem Teleguidance 2 di perairan Selat Melaka di Lumut, semalam.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, TLDM berkata, misil itu telah dilancarkan dari platform KD Laksamana Hang Nadim dengan dibantu oleh pesawat Super Lynx MK 100.

Ia berjaya mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter pada jarak kira-kira 60 kilometer (km) dari kapal penembak.

Turut membantu dalam operasi penembakan itu ialah Depot Peluru dan Letupan TLDM Lumut, KD Laksamana Tun Abdul Jalil, KD Jerai, KD Ledang, KTD Sotong dan pasukan penyelam dari KD Duyong.

Penembakan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin.

Kejayaan tembakan itu membuktikan keupayaan fungsi Misil Otomat pada jarak melebihi ufuk sekali gus menunjukkan peningkatan keupayaan perang TLDM kini berada pada tahap yang baik.

Ujian penembakan yang dijalankan merupakan sebahagian daripada latihan bagi warga TLDM dalam pengendalian misil merangkumi aspek perancangan latihan, penyediaan dan ujian teknikal misil, melaksanakan proses penembakan hingga proses menganalisis data apabila selesai penembakan.

Misil Otomat buatan Itali yang dibekalkan oleh Syarikat Matra Bea Dynamic & Alenia telah berada dalam inventori TLDM sejak 1996.

Misil jenis penembak dari permukaan ke sasaran permukaan berukuran 4.469 meter panjang dengan berat 780 kilogram itu boleh meluncur pada kelajuan 300 meter sesaat dan beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca.

Keberkesanan jarak efektif misil untuk memusnahkan sasaran menjangkau 180 km dari platform tembakan.

Seawal umur 25 tahun


MENJELANG tahun 2025, dianggarkan lebih 1.5 bilion penduduk dunia atau satu daripada tiga manusia yang berumur lebih 25 tahun akan menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi), iaitu antara faktor risiko utama untuk pembunuh nombor satu, penyakit jantung dan strok (angin ahmar).

Tekanan darah tinggi tidak menunjukkan simptom ketara dan hanya boleh disahkan oleh doktor anda. Untuk itu, Hari Jantung Sedunia 2008 menekankan pentingnya 'mengetahui risiko anda'.

Kira-kira 17.5 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh penyakit jantung dan strok, sama banyaknya dengan jumlah keseluruhan kematian akibat penyakit HIV/AIDS, tuberkulosis, malaria, penyakit respiratori kronik dan semua jenis kanser.

Presiden Persekutuan Jantung Sedunia yang berpangkalan di Geneva, Switzerland, Profesor Shahryar Sheikh menyatakan tidak ramai yang mengetahui berapa banyak nyawa hilang akibat penyakit jantung dan strok.

"Tidak ramai juga yang mengetahui gaya hidup dan warisan (genetik) mereka mungkin menyumbang kepada risiko menghidap penyakit jantung dan strok.

"Ianya tidak terlalu awal dan tentu sekali belum terlambat untuk mula menjaga jantung," katanya.

Menurut beliau, bilangan pesakit tekanan darah tinggi dijangka meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun-tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan peningkatan ini bukannya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Dengan menerima perubahan gaya hidup bersesuaian dan mengurangkan risiko diri, masa depan anda mungkin lebih cerah," jelasnya.

Penyakit jantung dan strok boleh dielakkan dengan senaman berkala, berhenti merokok dan diet lebih sihat yang kurang garam dan lemak, serta tinggi dengan serat. Pengambilan garam berlebihan dikait rapat dengan tekanan darah tinggi.

Kajian terkini menunjukkan peningkatan hidangan buah dan sayur dari kurang tiga hidangan sehari, kepada lebih lima hidangan sehari juga dapat mengurangkan 17 peratus risiko penyakit jantung koronari. Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Jantung Sedunia hari ini (28 September 2008), layari laman web www.worldheart.org atau www.worldheartday.com.

Menangani faktor risiko utama


OLEH Nurul Anuar Kari


RISIKO penyakit jantung dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti fizikal mudah seperti berjalan atau turun naik tangga.

RAMADAN tinggal dua hari lagi sebelum tibanya 1 Syawal 1429 Hijrah. Tahniah bagi yang berjaya puasa penuh. Bagi yang gagal, tahun depan cuba lagi dan jangan lupa ganti puasa. Serentak dengan tarikh 28 Ramadan hari ini, turut diadakan sambutan tahunan Hari Jantung Sedunia 2008 dalam usaha menentang pembunuh nombor satu dunia ini.

Jangan pula difikirkan penyakit jantung tiada kaitannya dengan bulan Ramadan dan sambutan 1 Syawal. Dua faktor risiko utama penyakit jantung, iaitu pemakanan dan aktiviti fizikal masyarakat, terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal, dilihat semakin membimbangkan. Bulan puasa dan raya kini dijadikan pesta makan pelbagai juadah yang kebanyakannya tidak sihat serta dipenuhi lemak, gula dan garam, ketika berbuka puasa atau sebagai hidangan pada Hari Raya.

Selain itu, puasa juga dijadikan alasan untuk mengurangkan aktiviti fizikal dan melebihkan tidur sementara aktiviti fizikal utama ketika bulan perayaan adalah 'berjalan ke rumah terbuka'. Faktor ketiga pula, merokok, masih sukar ditinggalkan walaupun dapat 'bersabar' seketika semasa berpuasa.

Dianggarkan 17.5 juta pesakit maut setiap tahun disebabkan oleh penyakit jantung dan strok (angin ahmar). Kematian akibat penyakit jantung bermula dengan faktor-faktor risiko utama tadi, bersama tekanan perasaan (stres), pengambilan alkohol, lemak dan gula dalam darah yang tinggi, obesiti dan tekanan darah tinggi (hipertensi).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan lebih 1.5 bilion penduduk dunia yang berumur 25 tahun ke atas akan menghidap tekanan darah tinggi, seterusnya meningkatkan bilangan pesakit berisiko menghidap penyakit jantung.

Tiga daripada sembilan

Memandangkan terdapat beberapa faktor risiko penyakit jantung yang tidak boleh diubah seperti umur, jantina, etnik dan warisan genetik, tumpuan lebih perlu diberikan kepada faktor risiko yang boleh dikawal (diubah), terutamanya pemakanan, aktiviti fizikal dan merokok.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Mohamed Ismail Abdul Samad menjelaskan tiada data lengkap pesakit jantung di negara ini tetapi penyakit jantung dan kardiovaskular menjadi antara pembunuh utama di Malaysia dan dunia.

"Penyakit jantung bermula dengan kehadiran faktor risiko tertentu. Dengan meningkatnya jumlah risiko di kalangan ahli masyarakat, bilangan pesakit jantung juga dijangka meningkat.

"Dari data sedia ada, kes penyakit jantung didapati meningkat, walaupun tidak mendadak. Ini berbeza dengan negara-negara maju yang mencatatkan penurunan," katanya.

Menurut beliau, risiko menghidap atau kematian akibat penyakit jantung bergantung kepada faktor risiko yang dimiliki.

Dengan itu, tema sambutan Hari Jantung Sedunia tahun ini adalah 'ketahui risiko anda' bagi meningkatkan kesedaran umum bukan hanya kepada bahaya penyakit ini, malahan lebih utama adalah mengenal pasti faktor risiko yang ada pada diri masing-masing serta cara mengatasinya.

Dr. Mohamed Ismail menjelaskan, dengan mengetahui faktor risiko seseorang, kita dapat mengawal faktor tersebut sebelum melarat, dan seterusnya bilangan pesakit jantung dapat dikurangkan.

"Terdapat sembilan faktor boleh ubah (gaya hidup dan biologi), empat faktor tidak boleh ubah serta beberapa faktor persekitaran yang menentukan risiko seseorang mungkin akan menghidap penyakit jantung.

"Bagaimanapun, tiga faktor utama (boleh ubah) menjadi sasaran dan keutamaan iaitu pemakanan, aktif secara fizikal dan merokok," ujarnya.

Menurutnya, setiap satu daripada tiga 'faktor serangkai' ini memberi kesan peningkatan berganda risiko penyakit jantung.

Tiga faktor ini menjadi sasaran utama kerana jika ketiga-tiganya dapat dikawal, bilangan kes penyakit jantung juga lebih mudah dikawal. Kesan berganda bermakna seseorang itu lebih mudah menghidap atau mati akibat penyakit jantung dengan kehadiran lebih banyak faktor risiko. Tiga faktor risiko berkenaan juga dikaitkan sebagai punca kepada penyakit kronik lain seperti diabetes, kanser dan masalah paru-paru.

Dr. Mohamed Ismail menyatakan negara maju seperti Finland menjadi contoh negara yang berjaya mengawal tiga faktor risiko utama ini dalam masyarakat negara itu.

"Amalan pemakanan sihat mula diajar dari zaman persekolahan lagi (di Finland). Dengan menggunakan kod warna pada makanan, kesedaran tantang pemakanan sihat berjaya dipupuk di kalangan penduduk negara tersebut.

"Jepun dan Australia juga menjadi contoh baik dari segi amalan pemakanan sihat. Penduduk di negara-negara berkenaan digalakkan mengambil banyak serat makanan di samping mengurangkan lemak dan garam dalam masakan," jelasnya.

Tingkatkan dan kurangkan

Dr. Mohamed Ismail mendedahkan kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006 menunjukkan 97 peratus penduduk dewasa mempunyai salah satu dari sembilan faktor risiko penyakit kardiovaskular (masalah jantung dan strok).

"Pemakanan menjadi keutamaan kerana semua orang perlu makan. Tetapi, pemakanan yang sihat dan seimbang juga perlu diimbangkan dengan aktiviti fizikal secukupnya.

"Tidak guna menjaga diet jika tidak ada langsung aktiviti fizikal. Cara terbaik mengurangkan risiko penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang serta aktif dengan aktiviti fizikal sederhana setiap hari," tegasnya.

Beliau menjelaskan terdapat salah faham di kalangan orang ramai antara aktiviti fizikal dan senaman, di mana senaman merupakan sejenis aktiviti fizikal tetapi aktiviti fizikal itu bukannya senaman.

Katanya, apa yang dimaksudkan dengan aktif secara aktiviti fizikal sederhana setiap hari adalah sebarang bentuk pergerakan otot kerangka (termasuk senaman), yang membakar kalori makanan dan mengeluarkan peluh.

Aktiviti fizikal bertujuan mengekalkan tahap kecergasan badan tetapi bukan untuk menghilangkan masalah bentuk badan seperti obesiti. Otot pada tulang kerangka merupakan tempat terbaik untuk membakar tenaga dan lemak, dan ini mudah dicapai dengan membanyakkan berjalan atau naik turun tangga.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan komuniti negara ini berjalan, seperti mana kempen WHO beberapa tahun lalu, Let's Move.

Kajian menunjukkan setiap manusia perlu berjalan secara purata 10,000 tapak setiap hari untuk kekal cergas (bukan senaman obesiti), mengikut saiz langkah setiap tapak. Amalan berjalan untuk ke tempat-tempat tidak terlalu jauh, seperti yang diamalkan penduduk di Jepun, merupakan contoh aktiviti fizikal intensiti sederhana yang boleh dijalankan selama 30 minit setiap hari, atau dalam kumpulan 10 minit, tiga kali sehari.

kemampuan

Individu yang obes dan ingin menurunkan berat badan bagaimanapun disarankan bersenam mengikut kemampuan diri, berselang dengan hari rehat (sekali setiap dua hari, tiga kali seminggu). Untuk kekal cergas pula, semua perlu mengamalkan sebarang aktiviti fizikal sederhana sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Oleh itu, tingkatkan 'aktiviti fizikal' mengikut kemampuan masing-masing, mengikut kadar yang disarankan untuk kekal sihat dan menjauhkan diri daripada risiko penyakit jantung.

Dr. Mohamed Ismail turut menyatakan masalah merokok di Malaysia agak serius dengan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 mencatatkan lebih 2.7 juta perokok di negara ini.

"Rokok (asap tembakau) diketahui boleh menyebabkan penyakit jantung dan menjadi antara tiga faktor risiko utama penyakit tersebut.

"Lebih malang lagi, bukan hanya perokok sendiri meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung, malahan perokok pasif juga menjadi mangsa," katanya.

Dengan 2.61 juta perokok lelaki (95.6 peratus), 120,000 perokok wanita (4.4 peratus) dan juga perokok pasif di negara ini, amalan merokok menjadi antara keutamaan dalam mengawal peningkatan penghidap atau kematian akibat penyakit jantung. Ditambah pula sebilangan masyarakat tempatan yang kurang menjaga pemakanan dan aktiviti fizikal harian, amalan buruk merokok bukan sahaja sepatutnya dikurangkan, malahan dihentikan secepat mungkin, untuk kesihatan diri serta keluarga pada masa hadapan.

Dr. Mohamed Ismail menekankan kombinasi tiga faktor risiko utama ini pasti akan meningkatkan risiko penyakit jantung, terutamanya jika ditambah dua lagi faktor gaya hidup iaitu tekanan perasaan (stres) dan pengambilan alkohol.

"Lima faktor gaya hidup itu, jika tidak diubah dan ditambah pula faktor tidak boleh ubah (serta faktor persekitaran lain), akan membawa kepada faktor risiko biologi pula (obesiti, tekanan darah tinggi, gula dan lemak dalam darah yang tinggi).

"Individu yang mempunyai kesemua sembilan faktor boleh ubah, empat faktor tidak boleh ubah selain faktor persekitaran, menghadapi risiko paling tinggi penyakit jantung atau strok, terutamanya dalam tempoh 10 tahun akan datang," jelasnya.

Beliau menegaskan komuniti setempat di Malaysia perlu mula menilai faktor risiko penyakit jantung yang mereka hadapi, dan mula mengambil langkah untuk mengatasi dan menurunkan risiko yang dihadapi.

Sempena tema tahun ini 'ketahui risiko anda', berusahalah untuk mengetahui jika anda mempunyai mana-mana satu atau lebih faktor risiko penyakit jantung dan ambil langkah sewajarnya. Jangan biarkan Ramadan dan Syawal 1429 Hijrah menjadi kali terakhir anda berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bukan hanya untuk diri sendiri, ingatlah juga orang tersayang. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.