Thursday, January 1, 2009

Perpaduan kaum, kestabilan negeri asas pemerintahan PAS

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - "Hasil daripada kejayaan PAS memerintah Kelantan turut dirasai oleh negeri lain seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor dan dengan adanya Pakatan Rakyat, rakyat di semua negeri ini dapat merasai kelainannya"

Kerajaan Kelantan melahirkan rasa puas hati terhadap kestabilan pentadbiran dan kerjasama kakitangan kerajaan dan rayat negeri ini yang bertungkus lumus bersama pimpinan negeri dalam meneruskan kesinambungan pentadbiran pada tahun 2008 ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan,Dato' Haji Husam Musa, pemerintahan kerajaan berjalan lancar walapun pembangkang menguar-uarkan mereka akan mengambil alih pemerintahan kerajaan Kelantan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Ahli Exco negeri kali terakhir dalam tahun 2008 ini.

Katanya lagi rakyat negeri ini telah memberi sokongan padu kepada Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam meneruskan pemerintahan yang berdasarkan Membangun Bersama Islam dan ini menunjukkan rakyat negeri ini menolak ideologi yang dibawa oleh Umno/BN.

"Hasil daripada kejayaan PAS memerintah Kelantan turut dirasai oleh negeri lain seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor dan dengan adanya Pakatan Rakyat, rakyat di semua negeri ini dapat merasai kelainannya,"katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh kepada isu semasa yang dihadapi sepanjang tahun ini pula,beliau berkata PAS telah berjaya menyatupadukan semua kaum dalam negara ini dan diterima oleh semua kaum sebagai satu parti yang boleh menyatupadukan mereka, perpaduan yang dibawa oleh PAS adalah satu mercu tanda yang sangat penting kerana dengan ini boleh memberi harapan baru dan tidak diasaskan kepada diskriminasi kaum atau menidakkan hak kaum tertentu.

Husam juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan pusat melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara menghalang tindakan kerajaanPerak dan Pulau Pinang memberi hak milik kepada kaum cina yang mendiami kampung baru di negeri tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak kaum cina di negara ini, sedangkan mereka telah berkurun lamanya mendiami kawasan tersebut.

"Keputusan tersebut adalah satu dasar yang tidak berasas dan menimbulkan keraguan terhadap layanan kerajaan terhadap kaum yang ada di negara ini,"kata beliau.

Berkenaan dengan pemohonan kaum cina dan India untuk mendapatkan tanah seperti di Gua Musang, beliau berkata kerajaan sentiasa memberi peluang yang sama rata kepada semua penduduk negeri ini dan tidak timbul masalah penolakan dalam isu pemberian tanah kepada kaum lain.

" Memang terdapat masalah teknikal dalam pemberian tanah tersebut,tetapi kita tidak menolak secara terus tanpa membuat penyiasatan terlebih dahulu terhadap permohonan rakyat negeri ini untuk mendapatkan tanah seperti di kawasan pedalaman,"ujar beliau lagi. - azm _

No comments: