Sunday, May 25, 2008

Korea Selatan tawar 30 biasiswa

Korea Selatan tawar 30 biasiswa

KERAJAAN Korea Selatan menawarkan biasiswa peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada 30 pelajar Malaysia yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di negara itu. Inisiatif ini mampu menyumbang kepada pertukaran pendidikan serta kerjasama baik dua negara dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara masing-masing.

Biasiswa tersebut meliputi tempoh dua tahun pengajian bagi program sarjana dan tiga tahun bagi program PhD (tidak termasuk setahun atau kurang untuk kursus bahasa Korea).

Pemegang biasiswa dikehendaki mengikuti kursus latihan bahasa Korea sebelum mengikuti kursus sarjana.

Kelebihan biasiswa ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, elaun bulanan (kira-kira RM2,800), bayaran tuisyen, elaun penyelidikan, kos percetakan disertasi, insurans perubatan dan menampung keseluruhan perbelanjaan latihan bahasa Korea selama setahun.

Para pemohon mestilah berumur 40 tahun ke bawah pada 1 September 2008. Pemohon bagi program sarjana mestilah memiliki sudah tamat pengajian atau menamatkan ijazah sarjana muda sebelum 31 Ogos 2008 bagi permohonan program sarjana atau sarjana sebelum 31 Ogos 2008 bagi permohonan program PhD.

Pemohon juga mestilah memperoleh Purata Nilai Gred (GPA) ke atas tahap ‘B’.

Tarikh tutup permohonan biasiswa ialah pada 18 Jun 2008. Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan borang permohonan, sila merujuk di laman web Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur. (http://mys.mofat.go.kr/eng/index.jsp).

No comments: